بسم
الله الرحمن الرحيم
Oleh:
Abu Ayyub Muhammad Fashan Ibn Ahmad Ziadi
Bagaikan
sebuah pintu yang terkunci, sudah semesti untuk membukanya memerlukan sebuah
kunci untuk membuka pintu tersebut.Pernahkah kita terbayang akan pintu-pintu syurga?
Bagaimana kita hendak membuka pintu-pintunya? Bagi yang sentiasa merindui dan
mengharapkan syurga pasti akan berusaha mencari kuncinya walaupun terpaksa
mengorbankan nyawa sendiri.
Usahlah kita gundah dan gelisah kerana Rasulullah sallallhu`alaihiwasallam
sudah menunjukkan kepada umatnya apakah kunci syurga itu, sebagaimana yang
tersebut di dalam sebuah hadith:
من
قال : لا إله إلا الله ( مخلصا ) دخل الجنة
Barangsiapa
mengucapkan Kalimah Laa ilaaha illallah dengan penuh keikhlasan,maka dia akan
masuk syurga.[1]
Jelas kepada kita kunci syurga itu adalah kalimah tauhid[2]
yang sering kita ucapkan.Namun cuba kita fikirkan adakah semudah itu untuk kita
membuka pintu syurga? Bukankah kita melihat masih ramai orang yang membuat
perkara-perkara kesyirikan, meminta kepada selain Allah, percaya kepada dukun, pawang
, bomoh, masih menyembah
dan berdoa kepada kubur orang-orang soleh dan banyak lagi perkara yang
merosakkan akidah dilakukan? Apakah golongan sebegini juga akan mudah sahaja
membuka pintu syurga sekaligus memasukinya? Tidak mungkin!!
Ketahuilah setiap kunci pasti ada giginya.Mana mungkin kunci yang
tidak bergigi boleh membuka sesebuah pintu.Begitu jugalah pintu bagi syurga
iaitu kalimah tauhid.Jadi pintu syurga hanya boleh dibuka oleh orang yang
memiliki kunci yang bergigi.
Imam Bukhari[3]
rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah bertanya
kepada Imam Wahab Ibn Munabbih[4]: “
Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”
Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu
melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu
syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan
untukmu”[5]
Lalu apakah yang dikatakan gigi bagi kunci tersebut iaitu kalimah لا إله إلا اللهitu?
Ketahuilah gigi kunci kalimah tauhid tersebut ialah syarat-syarat لا إله إلا
الله !!!. Syeikh Hafiz Ibn Ahmad
al-Hakami[6]
telah meletakkan tujuh syarat kalimah لا إله إلا الله di dalam kitabnya[7] Syarat-syaratnya
ialah:
1.
العلم , al-`Ilmu( mengetahui)
Maksudnya adalah kita harus mengetahui maksud kalimah لا إله إلا
الله dengan sebenar-benarnya.Ertinya ialah: “
Tidak ada Tuhan(Ilah,sesembahan) yang berhak disembah dengan benar ,melainkan
Allah”.Dalilnya ialah:
Firman Allah ta`ala:
وَلَا
يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الشَّفَاعَةَ إِلَّا مَنْ شَهِدَ
بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan sembahan-sembahan
yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memberi syafaat; akan tetapi (orang
yang dapat memberi syafaat ialah) orang yang mengakui yang hak (tauhid) dan
mereka mengetahuinya[8]
Berkata Ibn Kathir rahimahullah ketika
menafsirkan ayat:
إِلَّا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُون:
لكن من شهد بالحق على بصيرة وعلم، فإنه تنفع شفاعته عنده بإذنه له
Akan tetapi sesiapa yang mengakui yang hak(tauhid)
dengan al-Bashirah [9]dan
ilmu.
Adapun dalil daripada As-Sunnah pula ialah hadith yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim:
مَنْ مَاتَ
وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
Sesiapa yang mati dalam keadaan mengetahui bahawa
tiada Ilah(Tuhan) yang berhak disembah melainkan Allah, nescaya dia akan masuk
syurga.[10]
Seandainya kita mengucapkan kalimah tersebut, tanpa mengetahui dan
mengerti maknanya yang sebenar maka ucapan atau persaksian tersebut tidak sah
dan tidak ada faedahnya bagi kita.
2.
اليقين
, al-Yaqiin (meyakini)
Maksudnya adalah kita haruslah meyakini secara pasti kebenaran
kalimah tauhid لا
إله إلا الله tanpa keraguan
dan bimbang sedikit pun.
Dalilnya
ialah firman Allah ta`ala:
إِنَّمَا
الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آَمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا
Sesungguhnya orang-orang
yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
kemudian mereka tidak ragu-ragu[11]
Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:
أَشْهَدُ أَنْ
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ لَا يَلْقَى اللَّهَ بِهِمَا
عَبْدٌ غَيْرَ شَاكٍّ فِيهِمَا إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan(Ilah) yang berhak disembah
melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah.Tidaklah seorang hamba bertemu dengan
Allah sambil membawa dua kalimah syahadah tersebut tanpa ragu-ragu
kecuali pasti dia akan masuk syurga.[12]
Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam pernah memberikan
sepasang sepatunya kepada Abu Hurairah radiallahu`anhu sambil bersabda:
فَمَنْ
لَقِيتَ مِنْ وَرَاءِ هَذَا الْحَائِطِ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
مُسْتَيْقِنًا بِهَا قَلْبُهُ فَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّة
Sesiapa yang kamu temui di sebalik
kebun ini yang mengucapkan “ La ilaha illallah” dengan penuh keyakinan
terhadapnya, maka khabarkanlah ia akan dimasukkan ke dalam syurga.[13]
3.
القبول , al-Qobulu (menerima)
Maksudnya kita harus menerima segala tuntutan لا إله إلا
الله dengan penuh penerimaan senang hati, lisan
dan perbuatan, tanpa menolak sedikitpun.Kita tidak boleh sombong menolak
kalimah tersebut sama ada untuk mempelajari dan menerima tuntutannya
sepertimana yang berlaku kepada kaum musyrikin,
Firman Allah ta`ala:
إنَّهُمْ
كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ (35)
وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوا آَلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَجْنُونٍ (36)
Sesungguhnya
mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha illallah"
(Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri.
dan
mereka berkata: "Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan
sembahan-sembahan kami karena seorang penyair gila?"[14]
4.
الانقياد, al-Inqiyaad ( Tunduk, menyerah atau patuh)
Maksudnya kita harus tunduk dan patuh melaksanakan tuntutan لا إله إلا
الله dalam amalan-amalan dan tindak tanduk kita.
Firman Allah ta `ala:
وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya[15]
Firman Allah ta`ala lagi:
وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ
بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى
Dan barang siapa yang
menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka
sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh.[16]
Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:
لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به
Tidaklah beriman seseorang di kalangan kamu sehinggalah kamu
menjadikan hawa nafsumu mengikuti terhadap apa yang dibawa olehku.[17]
5.
الصدق
, ( Jujur dan Membenarkan)
Maksudnya kita harus jujur dalam melaksanakan tuntutan kalimah
tauhid, iaitu sesuai antara keyakinan hati dan amal perbuatan, tanpa disertai
kebohongan sedikitpun.
Firman Allah jalla wa`ala:
الم (1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا
وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
Alif
laam miim. # Apakah manusia itu mengira
bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman",
sedang mereka tidak diuji lagi?. #Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta[18].
Diriwayatkan
daripada Mu`az Ibn Jabal radiallahu`anhu bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam
telah bersabda;
مَا
مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ
اللَّهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلَّا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّار
Tidaklah seseorang itu mengucapkan “ Laa ilaha illallah” dan
Muhammad itu rasulullah dengan sebenar-benarnya dalam hatinya melainkan Allah
mengharamkan baginya api neraka.[19]
Maka disyaratkan kejayaan ucapan kalimah ini untuk menyelamatkannya
dari api neraka supaya mengucapkan dengan benar di dalam hatinya.
6.
الإخلاص (Ikhlas dan Murni)
Maksudnya kita harus membersihkan amalan-amalan daripada noda
syirik, riya`( ingin dilihat dan dipuji oleh orang lain). Allah s.w.t berfirman:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ
الدِّينَ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah
Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan
lurus[20]
من
قال : لا إله إلا الله ( مخلصا ) دخل الجنة
Barangsiapa mengucapkan Kalimah Laa ilaaha illallah dengan penuh
keikhlasan,maka dia akan masuk syurga.[21]
Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:
أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ
الْقِيَامَةِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ
نَفْسِهِ
Orang yang
paling gembira(berjaya dan bahagia) menerima syafaatku ialah sesiapa yang
mengucap Lailahaaillallah dengan ikhlas dari dalam hatinya.[22]
7.
المحبّة (
Mencintai)
Maksudnya kita harus mencintai kalimat Tauhid, tuntutannya, dan
mencintai orang-orang yang bertauhid dengan sepenuh hati, wala`, setia serta
kasihkan mereka sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri.Kita juga harus
membenci segala perkara yang boleh merosakkan tauhid itu,membenci pelaku-pelaku
syirik dan perkara-perkara yang boleh
meruntuhkan tauhid.
Firman Allah ta`ala;
وَمِنَ
النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ
اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah
tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka
mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah[23]
Allah jalla wa`ala berfirman lagi:
قُلْ إِنْ
كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ
لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah:
"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.[24]
Nabi s.a.w bersabda:
ثَلَاثٌ مَنْ
كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ
أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ
إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ
يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Tiga perkara yang jika ketiga-tiganya terdapat pada sesorang, ia
akan mendapatkan kemanisan iman: 1) Allah dan RasulNya lebih dia cintai
daripada selain keduanya, 2) dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah,
3) dia tidak suka kembali kepada
kekufuran setelah Allah meneyelamatkannya, sepertimana dia tidak suka
dicampakkan ke dalam api neraka.[25]
[1] Shahih,HR Ahmad, Ibn Hibban
lihat Silsilah as-Shahihah 5/354
الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ
وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا
إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ
Iman memiliki lebih dari tujuh puluh cabang
atau lebih dari enam puluh cabang, cabang yang paling tinggi adalah perkataan:
‘Laa ilaaha illallaah’, yang paling rendah adalah menyingkirkan duri
(rintangan) dari jalan dan malu adalah salah satu cabang Iman [HR Muslim no:50] dalam
Bab بَاب بَيَانِ عَدَدِ شُعَبِ
الْإِيمَانِ وَأَفْضَلِهَا وَأَدْنَاهَا وَفَضِيلَةِ الْحَيَاءِ وَكَوْنِهِ مِنْ
الْإِيمَانِ
[3] Beliau ialah Amirul Mukminin fi al-Hadith, Abu `Abdillah Muhammad
Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah al-Bukhari (194H-256H), Pemilik Kitab al-Jami`
as-Shahih atau lebih dikenali dengan Shahih Bukhari.
[4] Beliau ialah Wahab Ibn Munabbih IBn Kamil al-Yamani al-Son`ani (
34H-100H), seoarng Tabi`in terpecaya dari Son`a Yaman.Rujuk Ruwwat at-Tahdzibain.
[5] Shahih Bukhari 4/456, بَاب
مَا جَاءَ فِي الْجَنَائِزِ وَمَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا
اللَّهُ,
Maktabah Syaamilah Edisi kedua.
[6] Syeikh
Hafiz b.Ahmad al-Hakami dilahirkan pada tahun 1342 hijrah.Beliau hafal al-Quran
sebelum usianya menjangkau 12 tahun, beliau seorang yang kuat hafalannya dan
menguasai pelbagai disiplin ilmu-ilmu Islam seperti akidah, usul fiqh, sirah
Nabawiyyah, ilmu hadith, ilmu faraidh, sastera dan ilmu-ilmu yang lain.Beliau
seorang yang wara`, pemurah, bertaqwa, dan sangat menjaga kehormatan
diri.Kebanyakan waktunya dihabiskan untuk membaca al-Quran, membaca buku dan
beliau juga terlibat dengan mengajar, mengarang dan melakukan muzakarah dan
diskusi ilmu.
Menurut al-ustaz Dr Najib, al-Syeikh sangat meminati seni khat, ketika berusia 19 tahun beliau telah diminta oleh gurunya iaitu Syeikh `Abdullah bin Muhammad al-Qar`awi supaya menulis sebuah kitab berkaitan dengan akidah salaf rahimahumullah.Syeikh memenuhi permintaan gurunya itu dengan menulis sebuah kitab berkaitan akidah.
Al-Syeikh rahimahullah meninggal pada 18 Zulhijjah tahun 1377 hijrah setelah beliau menunaikan ibadah Haji.Ketika itu beliau berusia 35 tahun.Beliau selesai menyempurnakan penulisan kitab ini pada tahun 1365 hijrah ketika berusia 23 tahun
Menurut al-ustaz Dr Najib, al-Syeikh sangat meminati seni khat, ketika berusia 19 tahun beliau telah diminta oleh gurunya iaitu Syeikh `Abdullah bin Muhammad al-Qar`awi supaya menulis sebuah kitab berkaitan dengan akidah salaf rahimahumullah.Syeikh memenuhi permintaan gurunya itu dengan menulis sebuah kitab berkaitan akidah.
Al-Syeikh rahimahullah meninggal pada 18 Zulhijjah tahun 1377 hijrah setelah beliau menunaikan ibadah Haji.Ketika itu beliau berusia 35 tahun.Beliau selesai menyempurnakan penulisan kitab ini pada tahun 1365 hijrah ketika berusia 23 tahun
[7] أعلام السنة المنشورة لاعتقاد الطائفة الناجية المنصورة Bendera-Bendera Al-Sunnah Yang Berkibaran Dalam
Menerangkan Aqidah, Ahli Al-Sunnah Wa al-Jamaah Golongan Tauladan ms 22.
Penulis menghadiri talaqqi pengajian kitab ini yang
disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Dr Ahmad Najib b.Abdullah Qari hafizahullah,
pada 15 April 2009.
[8] Az-Zukhruf 43:86
[9] Menurut Guru penulis, Ustaz Dr Ahmad Najib hafizahullah,
maksud al-Bashirah ialah ilmu.Ibn Kathir telah menyebut dua kali
perkataan ilmu, hal ini memberi maksud beliau ingin memberi penegasan bahawa
betapa pentingnya ilmu untuk memahami kalimah tauhid.Sila rujuk Tafsir
al-Quran al-`Azhim. Beliau – Ustaz Dr Najib- juga menegaskan betapa
pentingnya merujuk maksud al-Quran kepada Ulama` Tafsir yang muktabar, hal ini
bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan dalam memahami maksud dan kehendak
perkataan dalam al-Quran.
[10] Shahih Muslim 1/125.
[11] Al-Hujuraat 49:15
[12] Shahih Muslim 1/126
[13] Shahih Muslim 1/133
[14] As-Shaffat 37:35-36
[15] Az-Zumar 39: 54
[16] Luqman 31:22
[17] Hadith hasan, Riwayat Ibn Abi `Ashim dalam As-Sunnah
no:14, al-Baghawi dalam Syarhu as-Sunnah 1/213 daripada `Abdullah
Ibn `Amru radiallahu`anhu.
[18] Al-Ankabut 29:1-3
[19] Shahih Bukhari 1/218
[20] Al-Bayyinah 98:5
[21] Shahih,HR Ahmad, Ibn Hibban
lihat Silsilah as-Shahihah 5/354
[22] HR Bukhari 1/174
[23] Al-Baqarah[2]:165
[24] Ali-Imraan [3]:31
[25]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar